Sunday, September 17, 2017

Hari Malaysia

The Poem I have written which I wanted to keep a copy here:


Ku dilahirkan selepas mu, 
Selepas keamanan dicapai,
Di waktu kelaparan tidak pernah mendekati,
Di masa pendidikan senang diperolehi.

Ku amat berterimakasih,
Dan rasa terimakasih yang tak terbilang kata,
Kerana ku dilahirkan di bumi mu, 
Hanya satu-satunya bumi yang ku kenali
Bumi yang ku panggil tanah Ibunda, tanah airku.

Kekadang ku dihina,
Kekadang ku dicaci,
Kerana usul “asal” ku,,
Tapi itu tidak pernah ku simpan dalam hati,
Kerana ku tahu, tanah Ibunda ku,
Tidak pernah membedakan ku.

Oh tanah Ibunda ku, tanahair ku,
Begitu juga ku,
Hanya taat padamu,
Kerana cintamu,
Kerana kasihmu,
Kerana ku tahu,
Ini satu-satunya tempatku,
Ini rumah ku,
Ini syurga ku,
Ini tanah tumpah darahku.

Di hari lahirmu,
Ku hanya berdoa,
Semoga mu tetap teguh, 
Semoga mu tetap angkuh,
Semoga mu tetap makmur,

Anak-anakmu, biar mereka tetap bersatu,
Biar sentiasa bangga
Dikenali sebagai anakmu,
Anak Malaysia yang sejati.

Selamat Hari Malaysia,
Wahai Tanah Airku!

No comments: