Saya rasa terlalu banyak artikle yang telah pun ditulis berkaitan dengan tahap penguasaan Bahasa Inggerris di kalangan rakyat Malaysia, khususnya, di kalangan remaja sekarang mahupun yang telah berkerja, golongan yang berumur 20an.
Ini saya boleh beri komen and pendapat saya dari pengalaman saya sendiri semasa membuat temuduga dengan mereka. Ada yang hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan, ada yang ayatnya tersalah susun and penggunaan 'grammar' yang tidak betul. Ada yang bertanya sama ada mereka boleh jawap menggunakan Bahasa Malaysia atau dialek (untuk bukan Melayu). Bukan setakat itu sahaj, baru-baru ini, semasa cuti Tahun Baru Cina, saya telah berpeluang pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah, dan kali ini, saya telah pergi ke butik-butik berjenama, dan apa yang saya risaukan ialah, pekerja-pekerja butik yang biasanya berpakaian cantik and selalu bersedia untuk melanggan pelanggan mempunyai masalah bertutur dalam Bahasa Inggeris. Hal yang sama berlaku di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang. Semasa membeli sedikit biskut untuk dibawa bersama sebagai buah tangan, saya juga terdengar perbualan antara pelancong luar dengan pembantu butik, bagaikan percakapan antara 'ayam dengan itik', dan bahasa isyarat (body language) telah digunakan. Dan bila tiba masa saya untuk membayar, mereka terasa begitu selesa/lega bila saya bertutur meggunakan bahasa kebangsaan kita.
Ini bermaksud tahap penguasaan Bahasa Inggeris kita telah turun, ke tahap yang kritikal dan sekiranya tiada langkah-langkah serius diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan, maka ada satu hari nanti, kebanyakan rakyat Malaysia tidak lagi boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul (tidak perlu saya gunakan perkataan 'fasih). Dan ini akan menjejaskan peluang-peluang kita, khasnya dari sudut ekonomi.
Saya banyak juga melawat negara-negara lain, dan saya rasa, boleh saya beri beberapa contoh, dari pengalaman saya semasa berada di negara-negara yang saya akan sebutkan nanti, tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka, dan betapa seriusnya mereka memberi perhatian terhadap bahasa ini.
Di Jepun, walaupun, secara umumnya, ramai masih tidak fasih, tetapi di hotel-hotel, di tempat-tempat perlancongan, pusat membeli-belah, mereka boleh bertutur dengan baiknya, khasnya golongan muda di sana. Di Korea, hal yang sama boleh diperkatakan. Di Thailand and Vietnam, boleh dikatakan, walaupun Bahasa Thai dan Vietnam digunakan setiap hari, tetapi, mereka rajin belajar bahasa lain, dan kalau kita ada peluang pergi Negara Thai, khasnya di Bangkok, kita dapat lihat, kebanyakan golongan muda tidak mempunyai masalah bertutur dalam Bahasa Inggeris. Di Vietnam, selepas mereka habis kerja, kebanyakan pemuda-pemudi akan bergegas pergi ke institut-institut pengajian bahasa (khasnya Bahasa Inggeris) untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Semangat yang berkobar-kobar untuk menambahkan ilmu pengetahuan Bahasa Inggeris harus kita contohi.
Di negara Cina, kualiti bahasa ibunda mereka tidak perlu diragui. Dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka, saya perlu kata disini, sangat 'memeranjatkan'. 14 tahun yang lepas, saya pernah datang ke Beijing untuk lawatan, dan selepas itu, saya ada juga melawat negara Cina banyak kali, ke Beijing, Shanghai, Guangzhou dan beberapa bandaraya yang lain, dan setiap kali, saya rasa, tahap penguasaan terhadap bahasa ini bertambah, dan kualiti bahasa Inggeris mereka, jauh lebih baik dari kebanyakan golongan muda di Malaysia.
Sekarang saya sedang bekerja di sini (Beijing), dan semasa temuduga, sedikit sebanyak, saya juga tahu cara-cara mereka belajar bahasa Inggeris. Di sekolah mereka, di pusat penggajian tinggi, institut-institut bahasa di mana yuran perbelanjaan yang amat tinggi, CNN, radio, CCTV9, dan ada pula yang cuba berkawan dengan pelawat-pelawat atau warga asing yang boleh bertutur bahasa ini supaya mereka dapat peluang berlatih. Semangat ini perlu kita contohi dan banyak lagi yang boleh saya tulis di sini, tapi saya rasa sudah mencukupi setakat ini.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya rasa bangga dengan Bahasa Kebangsaan kita, itu kita tidak boleh nafikan dan tidak perlu diragui. Saya berasa bangga dapat dan boleh tulis dalam Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu, tiada perbezaannya). Saya rasa setiap rakyat Malaysia perlu menguasai Bahasa Kebangsaan kita. Tapi apakah ini mencukupi? Jawapannya sudah tentu tidak.
Kita perlu Bahasa kedua, iaitu Bahasa Inggeris, khasnya dari sudut ekonomi (kommersial) dan dari segi pengetahuan ilmu, kerana kita perlu berkomunikasi dan berhubung dengan negara-negara luar. Kita perlu faham artikel-artikel dan recana-recana yang ditulis dan buku-buku pengetahuan umum yang diterbitkan di peringkat antarabangsa. Kita perlu banyak baca dan faham isi kandungan, dan ini hanya boleh berlaku dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
Pengguasaan bahasa ketiga, seperti Bahasa Cina, India, Perancis, Sepanyol, Jepun, adalah seperti bonus tambahan kepada kita.
Saya berharap kawan-kawan kita di Malaysia faham akan kepentingan Bahasa Inggeris dan tidak harus ragui kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan Kita.
Choong, Beijing 8.42am
No comments:
Post a Comment